Cari @ Amanz

Infinix Note 12 2023 kini hadir dengan variasi baharu yang menampilkan storan lebih besar berbanding sebelum ini. Melaluinya, ia kini tersedia dengan storan dalaman 256GB dan ditawarkan di Malaysia pada RM899. Ia bagaimanapun boleh dibeli dengan harga promosi RM799 untuk tempoh masa terhad di antara tarikh 27-29 Oktober 2022 yang disediakan secara eksklusif di Shopee.

Infinix Note 12 2023 merupakan sebuah kelas pertengahan dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Ia kemudiannya dipadankan dengan skrin AMOLED 6.7-inci FHD+, bateri berkapasiti 5000mAh dan sistem pengecasan berwayar 33W. Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP + AI Lens dan kamera swafoto pula 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd