Project Volterra Dijenamakan Semula Sebagai Windows Dev Kit 2023 Dan Kini Ditawarkan Di Lapan Negara

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun ini, Microsoft telah memperkenalkan kit pembangun Project Volterra sebagai sebuah komputer kit pembangun untuk mereka yang mahu membangunkan aplikasi Windows 11 didalam peranti yang menggunakan cip pemprosesan ARM.

Terkini, Project Volterra telah dijenamakan semula sebagai Windows Dev Kit 2023 dan hadir dengan rekaan yang hampir memiripi sebuah peranti Apple Mac Mini. Dari segi spesifikasi, komputer ini dikuasakan oleh Snapdragon 8cx Gen3 dan memori sebanyak 32GB dan storan sebesar 512GB.

Dari segi sistem operasi pula, Microsoft turut mengesahkan bahawa Windows Dev Kit 2023 ini akan menggerakkan sistem operasi Windows 11 sahaja, dan tidak akan hadir dengan pilihan untuk sistem operasi yang lain.

Komputer ini juga hadir dengan pilihan palam dua palam USB 3.2 Type-C, USB 3.2 Type-A, satu palam miniDisplayPort dan palam RJ-45 untuk sambungan internet berwayar. Dari segi sokongan nirwayar pula, ia hadir dengan sokongan WiFi6 dan juga Bluetooth 5.1.

Kit pembangun ini sudahpun mula dijual di lapan buah negara, termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman, China, Kanada dan Australia pada harga $599 dan boleh dibeli oleh orang ramai.

komen


© Amanz / 2022 Kami