Cari @ Amanz

Kebelakangan ini beberapa laporan telah hadir yang mengatakan bahawa Apple akan mula menggunakan palam USB-C untuk peranti-peranti iPhone mereka dalam masa beberapa tahun lagi.

Terkini, Kesatuan Eropah telah mengesahkan bahawa bukan sahaja Apple, tetapi semua jenama peranti elektronik diwajibkan untuk menggunakan palam USB-C pada peranti-peranti mereka menjelang 2024 ini.

Salah satu alasan yang diberikan untuk piawaian terbaru ini ialah untuk mengurangkan kebergantungan kepada aksesori penyesuai dan juga untuk mengurangkan pembaziran dan pembuangan komponen elektronik.

Selain daripada peranti-peranti pintar, peralatan elektronik yang dilihat akan perlu menggunakan palam tersebut termasuklah fon telinga, tablet, pemain audio padat dan sebagainya.

Ini juga bermakna bahawa Apple khususnya akan perlu akhirnya menggunakan palam tersebut pada peranti iPhone mereka yang akan dilancarkan pada tahun tersebut. Jenama-jenama peranti Android yang masih menggunakan palam Micro-USB juga dijangka akan perlu menggunakan palam USB-C bermula tahun tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd