Carian
TV Gaming Redmi XT Diperkenalkan Dengan Skrin 4K 120Hz Dan Dolby Vision
October 25, 2022 Amy Maizuraa

Redmi XT telah dilancarkan di China sebagai sebuah televisyen pintar yang memfokuskan terhadap permainan mudah-alih (permua). Selari dengannya, ia memuatkan pelbagai ciri menarik yang merangkumi kadar segar semula 120Hz, mod gaming Auto Low Latency Mode (ALLM) dan Variable Refresh Rate (VRR).

Terdapat tiga variasi saiz skrin yang ditawarkan yang merangkumi 55-inci, 65-inci dan 75-inci. Kesemuanya berkongsi perkakasan dalaman sama yang dimuatkan dalam tubuh sejenis logam dan rekaan bezel yang nipis. Melaluinya, paparan 4K dengan sokongan Dolby Vision digunakan untuk pengalaman tontonan yang berkualiti. Turut disertakan, cip pemprosesan empat-teras A73 dengan gabungan memori 3GB, storan terbina 32GB dan empat pembesar suara 25W yang menyokong Dolby Atmos.

Redmi XT dijual di China pada harga bermula RMB2099 (~RM1,361) (55-inci), RMB2799 (~RM1,816) (65-inci) dan RMB3799 (~RM2,478) (75-inci). Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran luar yang diketahui setakat ini.

Komen