Vivo telah mengumumkan kemaskini pelancar baharu berasaskan Android untuk telefon pintarnya menerusi pengenalan FunTouch OS 13. Ia dilengkapi kebolehan kostumasi serba baharu, di samping fungsi serta sistem sekuriti yang turut dipertingkatkan untuk pengalaman penggunaan lebih lancar. Latar masa kemas kini rasmi juga telah dikongsi yang bermula dengan model Vivo X80 Pro, kemudianya senarai penuh untuk peranti yang disokong di waktu mendatang adalah seperti di bawah :
Dengan pelancar baharu ini, pengguna mempunyai lebih kebebasan untuk kawalan visual pada skrin utama. Misalnya seperti, ciri ikon monokrom yang menawarkan kebolehan untuk suai padan warna ikon dengan gambar latar, sistem atau antaramuka aplikasi. Selain itu, kebolehan menetapkan pilihan warna tersesuai untuk keseluruhan sistem antara muka dan aplikasi terbina turut ditawarkan, ini termasuklah untuk panel pemberitahuan, kawalan kelantangan audio dan lain-lain. Pengguna diberi pilihan sama ada boleh menggunakan warna daripada gambar latar atau tema pilihan terbina untuk menentukan warna yang sesuai untuk kelihatan lebih peribadi.
Seterusnya tetapan pin aplikasi serba baharu turut diperkenalkan untuk perlindungan privasi lebih baik. Melaluinya, pengguna bukan sahaja boleh menetapkan pin bagi memastikan data yang sensitif kekal selamat. Malahan turut sama mengawal tetapan yang boleh diakses oleh orang lain sewaktu menggunakan peranti. Ini termasuklah menyembunyikan sejumlah foto dan video yang sensitif, seterusnya menetap akses tertentu bagi menghalang orang lain daripada melihatnya.
Di samping itu, pengurusan fail juga lebih baik menerusi ciri iManager serba baharu yang secara khususnya bantu memantau masa penggunaan sesuatu aplikasi. Bukan itu sahaja, ia juga bantu mengurangkan isu panas melampau pada peranti dengan cara meminiumkan bilangan aplikasi aktif di latar belakang dan melaraskan kekerapan pengunaan CPU berdasarkan sistem penyejukan terbina.
Lain-lain perubahan yang turut disertakan termasuklah kemaskini dengan data lebih terperinci. Pengalaman fotografi juga lebih baik dengan penstabilan baharu yang bantu mengurangkan masalah gambar bergoyang, di samping kebolehan membisukan bunyi atau melaraskan kelantangan yang tepat di dalam sesuatu video ketika proses suntingan.