Carian
Spesifikasi iQOO 11 Tertiris Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan Skrin 144Hz
October 25, 2022 Amy Maizuraa

IQOO sememangnya tidak asing lagi dengan pembuatan peranti berspesifikasi tinggi yang dipasarkan dengan harga kompetitif. Mengulas lebih lanjut, kini timbul desas-desus baharu mengenai kewujudan model kemas kini untuk rangkaian perantinya, dikenali sebagai iQOO 11.

Peranti ini dikhabarkan hadir dengan skrin AMOLED sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula tinggi 144Hz. Kemudian, cip Snapdragon 8 Gen 2 mungkin digunakan dengan gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan berwayar 120W.

Turut disertakan adalah sistem tri-kamera utama dengan tetapan 50MP (GN5) + 13MP (Ultra-lebar) + 12MP (telefoto) dan sokongan cip ISP V2 untuk kualiti imej lebih baik. Di samping, kamera swafoto tunggal 16MP dan sokongan sistem operasi OriginOS berasaskan Android 13. Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti yang diketahui setakat artikel ini ditulis.

Komen