Cari @ Amanz

MrBeast merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena YouTube, dimana kini saluran MrBeast menduduki tangga ke-5 sebagai saluran YouTube yang paling popular.

Selain menerbitkan video pada saluran, pemiliknya, Jimmy Donaldson turut mempunyai beberapa perniagaan sampingan yang dibangunkan – termasuk MrBeast Burger, dan juga coklat Feastables.

Menariknya, kini MrBeast dilihat ingin memperkembangkan lagi perniagaan – dan kini sedang meraih suntikan dana berjumlah $150 juta daripada sejumlah pelabur – sekaligus menilaikan syarikat dibawah MrBeast pada nilai $1.5 bilion.

Buat masa ini, MrBeast dalam proses mengumpulkan dana tersebut daripada pelabur, dan tidak diketahui lagi bilakah akan selesai meraihnya. Dengan pelbagai pelabur melihat kepada perniagaan berasaskan kepada pempengaruh, tidak mustahul MrBeast dapat mengumpulkannya dalam masa yang singkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd