Cari @ Amanz

Apple iPhone 14 baru sahaja dipasarkan, dan kini desas-desus berkaitan dengan iPhone generasi akan datang telah pun mula kedengaran. Terbaru, TrendForce berkongsi ramalan, mengatakan iPhone 15 Pro yang akan hadir pada tahun hadapan akan menyertakan kadar memori lebih tinggi berbanding hari ini, iaitu sebanyak 8GB RAM.

Hanya model Pro sahaja dijangka menyertakan memori 8GB RAM, sementara model biasa dijangka mengekalkan penawaran 6GB RAM.

Pada masa yang sama, ia turut diramal yang mana Apple mengekalkan penggunaan cip terbaharu Apple A17 Bionic khusus untuk model Pro sahaja.

Mengikut spekulasi ramai juga, Apple dijangka akan menyertakan sambungan USB-C menggantikan Lightning seawal tahun hadapan pada iPhone 15 mereka.

Apa pun, seperti biasa, ia masih terlalu awal untuk spekulasi berkaitan iPhone 15 – dan kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd