Spotify mengukuhkan kedudukan sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia dengan pengumuman mereka kini mempunyai 465 juta pengguna aktif bulanan dengan 195 juta daripadanya adalah pelanggan berbayar Spotify Premium.
Secara keseluruhan jumlah pengguna aktif bulanan meningkat 23 juta dan pelanggan Premium meningkat 7 juta berbanding suku yang lalu. Peningkatan jumlah pengguna dilaporkan di semua pasaran kecuali di Eropah. CEO Daniel Ek turut mengumumkan Spotifty akan meningkatkan harga langganan di Amerika Syarikat bagi mengikuti langkah YouTube Music dan Apple Music sejak seminggu lalu. Tiada perancangan melakukan perkara yang sama di pasaran lain.