GitHub Kini Mempunyai Lebih 90 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini berkongsi beberapa perkembangan syarikat mereka, termasuk menyentuh secara ringkas berkaitan dengan platform memfokuskan pengaturcara, iaitu GitHub.

Menurut Microsoft, GitHub kini mempunyai lebih 90 juta pengguna seluruh dunia, dan mencapai pendapatan tahunan berjumlah $1 bilion.

Ini merupakan kali pertama Microsoft berkongsi berkenaan dengan GitHub sejak mengambil-alihnya pada 2018 yang lepas. Ketika mengambil-alihnya, GitHub mempunyai sekitar 28 juta pengguna, dan ia memperlihatkan peningkatan pengguna yang positif sejak diambil-alih.

Setakat ini, GitHub masih beroperasi seperti asalnya, tanpa sebarang perubahan oleh Microsoft sejak diambil-alih.

komen


© Amanz / 2022 Kami