Siemens merupakan salah satu syarikat teknologi yang popular memfokuskan kepada arena industri, infrastruktur, perhubungan dan juga kesihatan. Terbaru, Siemens mengumumkan mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat tempatan, iaitu Radica Software.
Melalui perkongsian pihak Siemens, mereka telah selesai mengambil-alihnya pada 1 Julai 2022 lepas. Namun, nilai dan terma transaksi tidak dikongsikan kepada umum.
Radica Software merupakan salah satu syarikat teknologi yang berpusat di Ipoh, Perak, Malaysia. Radica Software memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan memfokuskan kepada CAD elektrikal.


Dengan pengambil-alihan oleh Siemens, kini Siemens turut menawarkan sebuah perkhidmatan baharu dinamakan Capital Electra X. Penawaran berasaskan teknologi Radica Software ini akan memfokuskan kepada penawaran rekaan elektrikal berasaskan kepada awan – sekaligus memfokuskan kepada perekabentuk individu atau pasukan kecil yang mencari penyelesaian berkenaan.