Promosi Jualan 11.11 MSI Bermula Dengan Penawaran Diskaun Besar

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MSI, jenama pembuat peranti komputer dari Taiwan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah memulakan promosi jualan 11.11 mereka yang menawarkan pelbagai jenis komputer riba dan paparan skrin pada harga lebih mampu-milik.

Diantara komputer riba yang hadir dengan penawaran diskaun ini termasuklah MSI GF63 Thin yang tampil dengan penawaran harga diskaun RM3699-RM3899 berbanding dengan harga asal RM4499-RM4799, MSI GF66 dengan harga diskaun RM6499 berbanding harga asal RM6999.

Dalam pada itu, paparan skrin gaming MSI juga memperlihatkan diskaun yang cukup besar sekali. Ini termasuklah paparan skrin MSI Optix G243 bersaiz 23.8 inci pada harga RM659 berbanding dengan harga asal RM1139. Diskaun terbesar yang dapat kami lihat ialah pada paparan skrin MSI Optix G271C yang dijual pada harga RM899 dimana ia dijual pada harga RM2649 sebelum diskaun.

Promosi jualan 11.11 MSI Malaysia ini bermula sejak 25 Oktober dan akan berterusan sehingga 12 November ini. Jika anda berminat untuk membeli peranti-peranti dan aksesori MSI sempena tempoh promosi ini, anda boleh ke gudang atas-talian MSI Malaysia di Shopee.

komen


© Amanz / 2022 Kami