Carian
Beberapa Pengguna Unifi Mobile Mula Menerima Akses Kepada Rangkaian 5G
October 26, 2022 Aman

Telekom Malaysia sebelum ini sedia mengacah pengenalan 5G kepada pengguna Unifi Mobile, dan sejak awal pagi ini, beberapa pengguna Unifi Mobile dilihat telah menerima akses kepada rangkaian 5G.

Pengguna yang terpilih secara rawak ini dilihat diaktifkan sokongan rangkaian 5G tanpa sebarang keperluan untuk mengubah kad SIM.

Daripada paparan pada bahagian pelan di aplikasi, ia memperlihatkan “Unlimited 5G Data”. Ia tidak dapat dipastikan buat masa ini, sama ada ia sekadar ujian sahaja, atau Unifi Mobile akan mengekalkan pelan tanpa had mereka untuk rangkaian 5G.

Dengan ujian terbaru ini, mungkinkah kita akan melihat penawaran 5G kepada para pelanggan Unifi Mobile menjelang November ini?

Komen