Carian
Pihak Apple Mengesahkan Akan Mematuhi Perundangan EU – Guna USB-C Pada iPhone
October 26, 2022 Aman

Kesatuan Eropah sedia menyatakan mereka akan menguat-kuasa untuk semua pengeluar peranti menggunakan USB-C pada peranti mereka dalam beberapa tahun lagi. Selari dengannya, kini menjawab pada sebuah temuramah, pihak Apple menyatakan mereka akan mengikut apa yang ditetapkan perundangan.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh dikongsikan oleh Apple berkenaan implementasi USB-C pada iPhone – sebaliknya sekadar menyatakan pihak Kesatuan Eropah menetapkan ia perlu diimplementasi sebelum 2024.

Dengan langkah beralih ke USB-C sepenuhnya, ia dijangka menjadikan persekitaran lebih terjaga dengan keperluan menggunakan kabel sama untuk pelbagai peranti.

Apple sendiri turut menekankan yang mana peralihan ini juga mungkin memberikan kesan terhadap sampah elektronik – memandangkan kini terdapat lebih 1 bilion kabel Lightning yang dalam penggunaan pengguna seluruh dunia.

Komen