Meraque Drone EduKit Dilancarkan Untuk Mengajar Penggunaan Dron Dan Koding

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meraque Drone EduKit telah dilancarkan hari ini dengan ia berharap akan meningkatkan minat menggunakan dron dan juga koding di kalangan pelajar sekolah. Dron kuad-rotor yang ditawarkan boleh digunakan dalam masa 15 minit sahaja oleh pelajar. Setiap dron boleh terbang sehingga 100 meter dengan hayat penerbangan sehingga 10 minit. Keseluruhan dron pula diperbuat daripada bahan plastik.

Selain menerbangkan dron dan belajar koding, pihak Meraque berharap ia akan turut mewujudkan minat dalam mata pelajaran STEM. Dengan setiap kit, sesi pelajaran selama tiga jam ditawarkan menerusi pelbagai aktiviti yang menarik. Pihak Meraque bekerjasama dengan Kelab
Rakan Udara Malaysia (KRUM), sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan MRSM serta MRANTI untuk merealisasikan sesi pembelajaran.

Sebelum ini mereka menganjurkan program Program Terbang bersama Meraque di tiga buah sekolah di Johor dengan program akan dikembangkan ke sekolah-sekolah di Selangor bermula November kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami