Peranti Sony Xperia Ace Seterusnya Mungkin Dijana Dengan Cip Snapdragon 4 Gen 1

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony seringkali terkenal dengan penawaran telefon pintar bersaiz kompak, misalnya seperti siri Xperia Ace. Mengulas lanjut, Sony dilaporkan dalam perancangan hadir dengan model kemas kini untuk siri berkenaan yang didakwa kelak menerima penambahbaikan ketara berbanding model sebelumnya.

Khususnya dari aspek prestasi, di mana peranti mungkin dijana dengan cip Snapdragon 4 Gen 1. Sekiranya benar, ia boleh dianggap peningkatan lebih baik berbanding Snapdragon 480 yang digunakan pada Xperia Ace 3 sebelum ini. Di samping itu, kapasiti memori turut dipertingkatkan kepada 6GB RAM dengan storan dalaman terbina 128GB.

Walau bagaimanapun, Sony dijangka tidak melakukan sebarang perubahan untuk saiz skrin dan kapasiti bateri untuk model kali ini. Besar kemungkinan, skrin sebesar 5.5-inci dan bateri 4,500mAh masih dikekalkan, tetapi kita masih boleh mengharapkan jenis paparan lebih baik sejenis OLED dan resolusi FHD+ pada peranti ini.

Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi peranti yang diketahui setakat ini. Pada masa sama, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Sony berhubung dakwaan ini. Adalah lebih baik jikalau kita menganggapnya sekadar ura-ura semata-mata buat masa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami