OM-5 Ialah Kamera OM System Pertama Selepas Berpisah Daripada Olympus

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda seorang jurufoto ataupun peminat hobi fotografi, anda pastinya mengenali jenama Olympus. Jenama teknologi tersebut telah menjual pegangan sektor fotografi mereka yang kini dinamakan OM System, dan syarikat tersebut telah memperkenalkan kamera pertama mereka.

Kamera tersebut dinamakan OM System OM-5 dan hadir dengan rekaan hampi memiripi rekaan kamera nircermin Olympus OM-D EM-5 III yang dilancarkan beberapa tahun dahulu.

OM-5 hadir dengan sensor M4/3 20.1MP sama yang digunakan pada kamera sebelumnya, sistem autofokus hibrid dengan 121 titik fokus dan panel belakang yang boleh diubahsuai kedudukannya.

Komponen baru yang diperkenalkan pada kamera ini ialah pemproses imej TruePic IX yang bukan sahaja menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik, tetapi juga mod baru seperti mengambil gambar dalam resolusi 50MP dan juga mod Starry Sky. Sistem autofokus OM-5 ini juga membolehkan pengguna untuk memfokuskan objek pada jarak jauh.

Kamera ini juga mampu merakam video pada resolusi 4K30FPS, tetapi pada resolusi Full HD, ia juga tampil dengan fungsi merakam kadar perlahan 120FPS. Kamera ini juga tiada had rakaman 30 minit, dan anda boleh merakam selagi mana bateri bertahan dan terdapat lagi ruang didalam kad storan digital.

Kamera OM System OM-5 ini akan mula dijual di pasaran-pasaran terpilih pada harga $1600 dengan lensa 12-45mm f4.0 pada bulan November ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami