Kasut Moonwalkers Mempercepatkan Kelajuan Berjalan

Diterbitkan pada Okt 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia ramai tidak ingin berjalan kerana cuaca yang panas membakar kulit. Belum sempat tiba ke destinasi badan sudah berpeluh-peluh. Kasut Moonwalkers telah dibangunkan oleh Shift Robotics cuba mempercepatkan proses berjalan pemakai.

Setiap kasut mempunyai lapan roda dengan ia dipadankan kepada sebuah motor elektrik 300W. Apabila beroperasi ia akan memberikan kemampuan seperti berjalan di atas sebuah walkalator dengan kelajuan mencecah 11 km/j. Sistem brek kecemasan boleh menghentikan pemakai dalam jarang kurang 1 meter. Sebuah lagi sistem keselamatan menghadkan kelajuan roda apabila mengesan pemakai sedang menuruni kawasan cerun.

Menurut Shift Robotics, dengan sekali caj Moonwalkers boleh bergerak sehingga hampir 10 kilometer dengan pengecasan semula mengambil masa sekitar 90 minit. Projek ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dengan ia boleh disokong pada harga $899 (~RM4237) sepasang.

komen


© Amanz / 2022 Kami