Carian
PM Interim : Tindakan Terhadap Pelajar Jual Peranti Siswa Masih Belum Dibincangkan Lagi
October 26, 2022 Aman

Perdana Menteri Interim, Datuk Seri Ismail Sabri kini menyatakan yang mana pihak kementerian masih belum membincangkan berkenaan sebarang tindakan terhadap para pelajar yang menjual Peranti Siswa – termasuk sama ada menyenarai hitam pelajar tersebut atau sebaliknya.

Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana sebanyak 14 kes telah dikenal-pasti berkenaan menjual PerantiSiswa kepada orang ramai. Perkara ini melanggar perjanjian yang dilakukan oleh pelajar ketika menerima PerantiSiswa, termasuk berlaku tidak amanah terhadapnya.

Datuk Seri Ismail Sabri juga menyeru pelajar supaya tidak menjualnya, kerana ia adalah sebahagian aspirasi kerajaan dalam membantu pelajar.

Tindakan menjualnya ini juga mungkin memberikan kesan pada masa akan datang sekiranya tidak dikekang dengan cepat. Pada awalnya, kerajaan menyasarkan untuk memberikan ia dalam bentuk pinjaman untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku. Tetapi, supaya tidak perlu menyusahkan pelajar untuk melalui proses pemulangannya kembali – kini kes-kes seperti menjual Peranti Siswa ini timbul.

Semalam, ia turut telah dikongsikan yang mana kerajaan sedia mempunyai penjejak untuk setiap Peranti Siswa ini, dan boleh nyah-aktifkan sesuatu peranti sekiranya ia dikenal-pasti dijual atau digunakan oleh bukan penerimanya.

Komen