Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, fon telinga Nothing Ear Stick dilancarkan secara rasminya pada hari ini. Konsep yang digunakan masih sama dengan tubuh lutsinar, tetapi ia mempunyai nilai tersendiri bagi membezakannya dengan model terdahulu.

Misalnya seperti pod pengecas yang kini berbentuk silinder bersama rekaan fon telinga bertangkai sejenis separa terbuka seumpama Apple AirPods. Gabungan warna putih dan merah juga jelas kelihatan, sekaligus mampu menyerlahkan setiap sisi fon telinga itu sendiri. Dalam masa sama, pengguna juga perlu memutar pod pengecas terlebih dahulu untuk tujuan mengeluarkan fon telinga. Tambatan pantas adalah menerusi peranti Nothing Phone (1) dengan cara tekan butang khusus pada pod pengecas.

Turut disertakan adalah pemacu audio sebesar 12.6mm dengan tiga mikrofon untuk pengalaman audio yang jelas. Kawalan sesentuh ditambahbaik dengan kebolehan tekan dan tahan yang turut boleh dikostumasi mengikut kesesuaian. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 7 jam, kemudian meningkat kepada 29 jam dengan bantuan pod pengecasan. Pengecasan semula pula boleh dilakukan menggunakan port sambungan USB-C. Nothing Ear Stick dijual di Malaysia pada RM469.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd