Penguin Maharaja Diklasifikasikan Sebagai Spesis Diancam Kepupusan
Effi Saharudin
Perubahan iklim telahpun mengakibatkan popular haiwan liar dunia menyusut 60% sejak 1970. Minggu ini penguin maharaja telah diklasifikasikan sebagai spesis yang diancam kepupusan oleh Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat.

Menurut data terkini, terdapat 650,000 penguin maharaja di Antartika sekarang tetapi ia diramalkan menyusut sehingga 47% menjelang 2050. Jika tindakan tidak diambil, ia akan pupus menjelang 2100. Pengurusan air di lautan yang penting untuk pembiakan dan menjadi tempat penguin membenarkan anak-anak menjadi faktor ia diancam kepupusan.
Pada waktu yang sama populasi udang krill yang turut terjejas akibat cuaca panas serta pencemaran menyumbang kepada pengurangan populasi penguin dalam masa terdekat.
[sumber] Sumber – Fish and Wildlife Service [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.