Cari @ Amanz

Apple pada hari ini sedia menawarkan iPad bersaiz paling besar – pada saiz skrin 12.9-inci. Tetapi, ia dijangka berubah pada tahun hadapan.

Mengikut laporan The Information, Apple dilaporkan sedang membangunkan iPad dengan skrin bersaiz sebesar 16-inci. Sekiranya semua berjalan lancar, Apple mungkin memperkenalkan ia pada suku ke-4 2023 kelak.

Dengan skrin bersaiz besar dan juga penawaran iPadOS yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk multi-tugasan, iPad 16-inci ini mungkin ditawarkan kepada pengguna yang sedia menggunakan MacBook bersaiz besar. Saiz skrin besar juga mungkin membantu dalam tugasan kreatif, termasuk lakaran dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal ditawarkan oleh Apple melalui iPad bersaiz besar ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd