Siri Realme 10 Disahkan Hadir Pada November Dengan Tiga Fokus Utama

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Persoalan mengenai pelancaran untuk siri Realme 10 akhirnya terjawab apabila pihak Realme mendedahkannya secara terbuka. Ia disahkan hadir secara rasminya pada November ini, tetapi tarikh khusus masih tidak diketahui.

Untuk kali ini, Realme memfokuskan terhadap tiga ciri utama yang merangkumi prestasi, kemasan dan paparan pada peranti. Ini termasuklah penggunaan cip MediaTek Dimensity 1080 / Helio G99 dan skrin hadapan melengkung seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa sumber sebelum ini.

Masih tidak dapat dipastikan mengenai bilangan model, tetapi sudah semestinya kita boleh menjangkakan pelbagai variasi yang bakal diumumkan kelak. Boleh jadi ianya merangkumi variasi standard, pro, pro+ dan lain-lain seumpama model terdahulu.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai telefon pintar baharu Realme ini dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami