Aplikasi Samsung Camera Assistant Dilancarkan Untuk Kawalan Kamera Lebih Baik

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melancarkan aplikasi Camera Assistant untuk memberikan lebih banyak kawalan ketika mengambil gambar. Ia sebuah lagi aplikasi selepas mereka sebelum ini melancarkan Expert RAW dengan kawalan manual lebih profesional.

Camera Assistant memberikan ciri seperti Auto HDR yang mematikan HDR jika ia tidak ingin digunakan. Sementara itu ciri Soften Image pula akan melembutkan imej yang diambil jika pengguna kurang gemar dengan kualiti imej yang nampak terlalu tajam.

Lebih berguna ialah Faster Shutter yang mengambil sehingga 7 gambar dengan pantas. Berguna untuk mengambil gambar subjek yang bergerak pantas. Pengguna juga boleh menetapkan berapa gambar akan diambil semasa menggunakan ciri pemasa. Penukaran lensa secara automatik turut boleh dimatikan dengan Camera Assistant.

Muat turun aplikasi dari Galaxy Store. Selepas dimuat turun Camera Assistant boleh diakses terus menerusi menu aplikasi kamera telefon. Pada waktu ini hanya peranti siri Galaxy S22 sahaja boleh memuat turun Camera Assistant dengan sokongan siri lain akan diberikan selepas kemas kini One UI 5.

komen


© Amanz / 2022 Kami