Klon Apple Watch Ultra Ini Dilengkapi Bateri Sehingga 35 Hari

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

China ialah kilang dunia dan dengan pantas produk baharu yang lebih mahal boleh dihasilkan oleh syarikat lain pada harga lebih marhaen. Apple Watch Ultra telah dilancarkan baru-baru ini pada harga hampir RM4000. Di China jam tangan pintar DTNO.1 DT8 Ultra telah dilancarkan dengan rekaan mirip Apple Watch Ultra tetapi harga yang jauh lebih murah.

Jam tangan pintar ini mempunyai rekaan yang amat serupa dengan jam tangan mercu Apple. Terdapat tombol kawalan berputar dan butang fizikal di sisi kanan. Sebuah lagi butang fizikal lebih besar pula diletakkan pada sisi kiri.

Terdapat ciri standard mengimbas nadi, penjejak tidur, suhu, sokongan muzik secara bluetooth, penjejakan aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon. Skrin peranti pula sebesar 2″ dengan ia hadir dengan 500 muka jam. Ciri tambahan lain ialah lampu suluh, penggera masa, kalender dan kawalan kamera pada telefon pintar

Bater hanya sebesar 280mAh tetapi boleh bertahan sehingga 5 hari dalam mod telefon pintar atau sehingga 35 hari dalam mod jam biasa. DTNO.1 DT8 Ultra boleh digunakan pada peranti Android dan iOS dengan ia dijual pada harga $30 (~RM142) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami