Huawei Watch GT 3 SE Diperkenalkan Dengan Bateri Sehingga 2 Minggu

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Huawei Watch GT 3 telah diumumkan sebelum ini dengan beberapa variasi yang merangkumi standard dan pro. Sungguhpun diumumkan dalam siri yang sama, kedua-duanya masih mempunyai elemen berbeza yang menjadikan masing-masing mempunyai target tersendiri. Di Malaysia, Watch GT 3 boleh dibeli bermula RM999, sementara itu variasi pro pula bermula RM1399.

Sebagai pilihan lain, seutas lagi jam tangan pintar baharu di bawah siri yang sama telah dilancarkan di Vietnam. Dikenali sebagai Huawei Watch GT SE, ia menjadi model kemaskini lebih mampu milik berbanding yang lain. Skrin AMOLED 1.43-inci beresolusi 466 X 466 piksel digunakan dengan rekaan tubuh yang keseluruhannya adalah sama seperti Watch GT 3.

Turut disertakan adalah sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan kecergasan, di samping lebih 100 pilihan mod sukan yang pelbagai. Bateri yang disertakan pula mampu bertahan sehingga 7 hari (penggunaan ekstrem), kemudiannya meningkat kepada 14 hari untuk kegunaan biasa. Sebagai tambahan, sistem pengecasan nirwayar turut disertakan pada jam tangan ini.

Lain-lain ciri yang turut disokong termasuklah kebolehan membalas text, menjawab/menolak panggilan masuk, mendengar muzik, penarafan kalis air 5 ATM dan GPS. Untuk harga, Huawei Watch GT 3 SE disenaraikan dengan harga VND 4,490,000 (~RM852) seutas dengan pilihan warna seperti Graphite Black dan Wilderness Green.

komen


© Amanz / 2022 Kami