Carian
Samsung Secara Rasmi Melantik Lee Jae-yong Menjadi Pengerusi Eksekutif
October 27, 2022 Effi Saharudin

Lee Jae-yong secara rasmi dilantik sebagai pengerusi eksekutif Samsung Electronics berkuat kuasa hari ini. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai pengerusi Samsung Electronics sejak 2014 selepas ayah beliau Lee Kun-hee jatuh sakit. Dengan pelantikan beliau hari ini, Lee Jae-yong menjadi generasi ketiga keluarga Lee yang meneraju Samsung Electronics.

Lee Jae-yong

Pengumuman dilakukan pada hari yang sama Samsung mencatatkan penurunan pendapatan 31% pada suku yang lalu. Hanya dua bulan yang lalu beliau menerima pengampunan oleh presiden Korea kerana kepakaran beliau diperlukan ketika negara berhadapan dengan krisis ekonomi. Pada 13 Ogos tahun lalu, Lee telah diberikan parol selepas meringkuk di penjara selama 18 bulan sahaja walaupun dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kerana terpalit skandal rasuah.

Komen