Siri Infinix Hot 20 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix kini berkongsi perancangan baharu untuk hadir dengan beberapa lagi telefon pintar buat pengguna di Malaysia. Untuk kali ini, mereka bakal memperkenalkan Infinix Hot 20 dan Infinix Hot 20i dengan beberapa fokus utama yang merangkumi kebolehan skrin, kamera dan prestasi yang memadai.

Ini termasuklah penggunaan skrin sebesar 6.82-inci dan kamera utama 50MP pada model Infinix Hot 20. Bersama-sama dengannya, cip MediaTek Helio G85 turut digunakan untuk tunjang utama peranti, sekaligus menjadikannya sekadar menawarkan kebolehan 4G sahaja. Memori pula mencapai 11GB RAM dengan sokongan RAM maya dan storan pula 128GB. Sementara itu, Infinix Hot 20i pula dilengkapi skrin 6.6-inci, kamera utama 13MP dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Menurut Infinix, kedua-duanya bakal ditawarkan di Malaysia pada 3 November 2022 dan kemas kini lanjut mengenai ketersediaan serta harga jualannya akan kami kongsikan kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami