Covid-19 Dan Penyakit Jantung Adalah Penyumbang Kematian Terbesar Di Malaysia Sepanjang 2021

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerbitkan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2022 yang membentangkan statistik kematian utama di Malaysia bagi tahun 2021. Terdapat 224,569 kematian dilaporkan dengan 127,824 kematian adalah dari kaum lelaki dan 96,745 kematian adalah dari kaum wanita. Secara purata 1 kematian setiap minit dilaporkan di Malaysia pada tahun 2021.

Covid-19 menjadi penyumbang terbesar kematian dengan 19.8% diikuti oleh penyakit jantung (13.7%), paru-paru berair (11.1%), penyakit serebrovaskular (6.5%) dan kemalangan (1.9%). Covid-19 juga menjadi penyumbang kematian terbesar dalam kumpulan umur 15-40 tahun, 41-59 tahun dan 60 tahun ke atas.

Sepanjang 2021 juga, bangsa Melayu mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 84,265 kes, diikuti oleh Cina (36,234), India (14,856) dan Bumiputera lain (13,908). Akhir sekali negeri dengan jumlah kematian tertinggi pula ialah Selangor (31,391), Johor (16,936) dan Perak (15,425).

komen


© Amanz / 2022 Kami