Apple Menguji Laman Web iCloud Dengan Rekaan Baharu Yang Lebih Menarik

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iCloud adalah perkhidmatan awanan Apple, di mana pengguna boleh mengakses fail yang disimpan dalam storan awan, gambar-gambar yang disandar, nota, peringatan atau juga mengakses ciri Find iPhone. Sekian lama, laman web iCloud hanya memaparkan ikon-ikon dan kelihatan seakan iOS versi web sahaja.

Rekaan Lama

Kini, Apple dilihat sedang menguji rekaan laman web iCloud baharu dengan antaramuka lebih mesra pengguna. Laman web ini boleh diakses melalui https://beta.icloud.com/ dan ia akan memaparkan aplikasi-aplikasi web perkhidmatan Apple dalam bentuk widget hidup. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dikustomasi mengikut citarasa pengguna dengan kesan bergoyang seakan pada iOS.

Melalui laman ini, iCloud+ boleh diakses dengan mudah menyemak baki storan, melihat ciri Hide My Email, menguruskan langganan atau juga melakukan pemulihan data. Setiap aplikasi web seperti Photos, Calendar, Mail juga lebih mudah untuk diakses dan lebih sedap mata memandang.

Apa yang diubah pada laman web ini turut akan diselarikan pada peranti Apple pengguna. Kemampuan mencipta dokumen baharu, nota baharu atau menambah peringatan turut disertakan. Laman web beta ini sudah boleh diakses oleh semua orang bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami