Cari @ Amanz

Mesin membasuh baju automatik sudah wujud selama berdekad lamanya dan kini mesin basuh baju bertingkat sudah ditawarkan oleh Xiaomi. Mesin basuh untuk kasut, pinggan dan barangan perhiasan turut semakin popular. Di Jepun sebuah prototaip mesin basuh untuk tubuh manusia pernah dihasilkan oleh Santyo untuk Ekspo Osaka pada tahun 1970. Ia tidak pernah dihasilkan dalam bentuk produk komersial.

Selepas 52 tahun, idea ini masih kekal di dalam kepala Yasuaki Aoyama yang melawat ekspo yang sama semasa berusia 10 tahun. Selepas lama menanti produk yang tidak kunjung tiba, Yasuaki membangunkan sendiri sebuah mesin basuh tubuh manusia.

Mesin basuh ini akan membersihkan tubuh manusia dengan menggunakan gelembung udara. Ia turut boleh memainkan muzik untuk berehat dan terdapat sistem aromaterapi terbina juga. Kecerdasan buatan akan membersihkan tubuh dalam masa lima belas minit. Mesin masih sedang dibina dengan ia akan dilancarkan pada tahun 2024 dengan ia akan dipamerkan di Ekspo Osaka yang seterunya pada tahun 2025.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd