TNG eWallet Kini Menawarkan “QR Standee” Percuma Kepada Pengguna Untuk Terima Bayaran

Diterbitkan pada Okt 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch n Go eWallet kini menyertakan sebuah “QR Standee” percuma kepada para pengguna, sekaligus memudahkan pengguna dalam menerima bayaran di kedai dan sebagainya.

Untuk mendapatkan “QR Standee” ini secara percuma, anda hanya perlu membuka menu “Hantar” pada aplikasi Touch n Go eWallet, dan seterusnya pilih tab “Terima”.

Sebuah menu akan dipaparkan pada bahagian bawah yang membolehkan anda mendapatkan “QR Standee” percuma. Tekan pada menu tersebut, dan masukkan alamat kedai anda.

Seterusnya pihak TNG eWallet akan menghantar “QR Standee” tersebut secara percuma kepada anda, tanpa sebarang kos.

“QR Standee” ini sangat berguna untuk pekedai dalam memudahkan menerima bayaran secara DuitNow atau melalui dompet digital TNG eWallet.

komen


© Amanz / 2022 Kami