Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 12 akhirnya dilancarkan secara rasminya di China pada hari ini. Ia didatangkan dalam beberapa variasi berbeza yang merangkumi Redmi Note 12 5G, Redmi Note 12 Pro, Redmi Note 12 Pro+ dan Redmi Note 12 Discovery Edition. Setiap satu daripadanya disertakan elemen berbeza yang menjadikan masing-masing mempunyai target yang tersendiri.  

Redmi Note 12 Pro+ dan Redmi Note 12 Discovery Edition adalah model paling premium. Ianya dilengkapi skrin OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1080 bersama memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Turut disertakan adalah kamera utama 200MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 16MP. Perbezaan ketara adalah pada kapasiti bateri, di mana Redmi Note 12 Pro+ menggunakan bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W. Sementara itu, Redmi Note 12 Discovery Edition pula dilengkapi bateri 4,300mAh dengan sistem pengecasan pantas 210W.

Model seterusnya adalah Redmi Note 12 Pro yang turut dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1080, memori hingga 12GB RAM, storan dalaman mencapai 256GB dan skrin OLED bersaiz 6.67-inci. Bagaimanapun, sokongan kadar segar semula sekadar mencapai 90Hz, kemudian kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Kamera swafoto sebesar 16MP dan bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 67W turut digunakan pada peranti.

Redmi Note 12 5G pula menggunakan cip Snapdragon 4 Gen 1, di samping saiz skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Memori pula sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Turut disertakan adalah bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan 33W, kamera utama 48MP + 2MP (potret) dan kamera swafoto sebesar 8MP.

Ketersediaan dan harga jualan untuk kesemua peranti baharu Redmi ini adalah seperti di bawah :

  • Redmi Note 12 Discovery Edition (8GB + 256GB) – ¥2,399 (~RM1563)
  • Redmi Note 12 Pro+ (8GB + 256GB) – ¥2,199 (~RM1433)
  • Redmi Note 12 Pro+ (12GB + 256GB) – ¥2,399 (~RM1563)
  • Redmi Note 12 Pro (6GB + 128GB) – ¥1,699 (~RM1107)
  • Redmi Note 12 Pro (8GB + 128GB) – ¥1,799 (~RM1172)
  • Redmi Note 12 Pro (8GB + 256GB) – ¥1,999 (~RM1303)
  • Redmi Note 12 Pro (12GB + 256GB) – ¥2,199 (~RM1433)
  • Redmi Note 12 5G (4GB + 128GB) – ¥1,199 (~RM781)
  • Redmi Note 12 5G (6GB + 128GB) – ¥1,299(~RM846)
  • Redmi Note 12 5G (8GB + 128GB) – ¥1,499 (~RM977)
  • Redmi Note 12 5G (8GB + 256GB) – ¥1,699 (~RM1107)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd