Elon Musk Kini Mengatakan Tidak Akan Membuang 75% Pekerja Twitter

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. oleh .

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Elon Musk merancang untuk mengurangkan angka pekerja Twitter sehingga sebanyak 75% apabila mengambil-alihnya kelak. Langkah tersebut dikatakan dalam mengembalikan Twitter kepada fokus mereka, dan turut membawa perkhidmatan sosial tersebut ke arah keuntungan.

Namun, kini Elon Musk mengatakan kepada para pekerja Twitter, yang mana beliau tidak merancang untuk membuang 75% pekerja pada syarikat media sosial tersebut.

Elon Musk masih dijangka akan membuang sejumlah pekerja, tetapi ia dijangka tidak mencapai 75%. Mengikut jangkaan awal, ia dianggar sekitar 25% pekerja – yang memberikan kesan kepada 1900 orang pekerja pada perkhidmatan tersebut.

Disamping itu, ia turut dijangka Twitter akan mengurangkan kos infrastruktur dan juga pusat data.

Mengikut beberapa laporan awal, Elon Musk dijangka mengumumkan pengambil-alihan dan menyelesaikan transaksi secara sepenuhnya pada hari Jumaat ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami