Cari @ Amanz

Adakah ekonomi semakin baik atau semakin buruk pasca pandemik? Jika jumlah pengeluaran telefon pintar pada Q3 2022 boleh dijadikan burung kenari dalam lombong, ekonomi sekarang tidak begitu baik. Menurut laporan terkini Counterpoint Research, pengeluaran telefon pintar global pada Q3 2022 menyusut 12% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Sebanyak 301 juta telefon pintar dikeluarkan dan ini adalah yang terendah pernah dicatatkan sejak 2014. Samsung masih di atas dengan 64 juta peranti diikuti oleh Apple (48.8 juta), Xiaomi (40.5 juta), Oppo (29.4 juta) dan Vivo (26 juta). Di antara lima pengeluar telefon pintar terbesar hanya Apple menunjukkan peningkatan pengeluaran dipacu oleh pengenalan siri iPhone 14 baharu. Oppo dan Vivo pula masing-masing mencatatkan pengurangan pengeluaran 23% yang agak besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd