Cari @ Amanz

Huawei mengalami sekatan teknologi yang ketat oleh Amerika Syarikat sejak tiga tahun yang lalu. Sungguhpun begitu mereka memegang banyak pate teknologi yang kemudiannya dilesenkan kepada pengeluar lain. Terkini di China Huawei telah memfailkan saman ke atas Amazon dan Compel Electronics berkenaan paten teknologi skrin e-ink.

Saman difailkan di Provinsi Jiangsu Province dengan pendengaran kes pada 8 Disember hadapan. Apakah dan jumlah paten yang dilanggar masih belum didedahkan pada waktu ini. Amazon telahpun mengeluarkan kenyataan akan menarik jualan Kindle dari China menjelang separuh pertama 2023. Ini mungkin mempunyai kaitan dengan saman yang telah difailkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd