Carian
Redmi Smart TV X86 Dengan Skrin 4K Dilancarkan Secara Rasmi Di China
October 28, 2022 Amy Maizuraa

Redmi Smart TV X86 telah diperkenalkan secara rasminya sekaligus menjadi model pembaharuan untuk rangkaian televisyen pintar daripada Redmi di China. Seperti namanya, ia mempunyai skrin sebesar 86-inci yang dimuatkan dalam tubuh diperbuat daripada logam dan saiz bezel yang nipis.

Skrin beresolusi 4K (3840×2160pikse) yang menggabungkan beberapa ciri tambahan seperti teknologi MEMC Motion, nisbah skrin ke badan 97.3%, sokongan warna mencapai 1 billion dan sudut tontonan 178 darjah. Turut disertakan adalah dua pembesar suara 10W yang menyokong DTS-HD untuk pengalaman audio lebih imersif, di samping kawalan menggunakan suara menerusi pembantu maya Xiao AI terbina.

Seterusnya, cip pemprosesan empat teras Cortex A5 turut digunakan dengan pandanan GPU G52 MC1 (MP2), memori 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Tidak ketinggalan, ia juga memuatkan perisian MIUI, sokongan Bluetooth 5.0, dua sambungan HDMI dan port USB 3.0.

Redmi Smart TV X86 dijual di China pada harga RMB5299 (~RM3,454) untuk sebuah. Maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran global masih tidak diketahui setakat ini.

Komen