Cari @ Amanz

Akhirnya dengan pelancaran iPad generasi ke-10, semua iPad telah menggunakan sambungan USB-C dengan kini hanya iPhone sahaja peranti mereka masih menggunakan sambungan Lightning. Penggunaan USB-C ini adalah sesuatu yang penting, kerana ia memudahkan para pengguna untuk menggunakan satu kabel untuk semua.

Akan tetapi, iPad generasi ke-10 ini dikatakan hanya menggunakan sambungan USB-C 2.0 yang amat perlahan untuk pemindahan data. Ia hanya menyokong 40Mbps, yang mana sama dengan Lightning sebelum ini.

Berbeza dengan iPad lain yang menggunakan USB-C seperti iPad Air 4 yang menyokong 5Gbps, iPad Air 5 pula mencapai 10Gbps dan iPad Pro dengan cip M1 sehingga 40Gbps. Agak mengecewakan, walaupun sudah menggunakan sambungan USB-C, Apple masih menggunakan teknologi lama.

Mereka yang memberi iPad ini mungkin tidak begitu menghiraukannya, kerana ia hanya sebuah tablet asas. iPad baharu ini dijana dengan cip A14 Bionic, rekaan baharu yang rata, hadir dengan butang kuasa Touch ID, menyokong 5G dan kamera Stage Center. Harga jualan bagi iPad ini adalah bermula dari RM2,099 untuk versi WiFi 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd