AMD Tidak Akan Menggunakan Palam Kuasa 12VHPWR Untuk Siri Kad Grafik Radeon RX 7000 Mereka

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. oleh .

NVIDIA kini sedang berdepan dengan masalah palam kuasa 12VHPWR yang digunakan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 dimana kabel kuasa tersebut mempunyai kemungkinan untuk hadir dengan isu pemanasan berlebihan, yang akan menyebabkan kepala kabel tersebut terbakar.

Terkini, AMD telah mengesahkan bahawa buat masa ini, mereka tidak akan menggunakan palam kuasa 12VHPWR tersebut buat masa ini untuk kad grafik terbaru mereka, iaitu siri kad grafik AMD Radeon RX 7000 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengurus Besar AMD Radeon, Scott Herkelman melalui ciapan di Twitter yang mengatakan bahawa siri kad grafik tersebut, yang akan hadir dengan cip grafik RDNA 3 tidak akan menggunakan palam kuasa tersebut.

AMD dilaporkan juga akan kekal menggunakan dua palam kuasa PCIe 8-pin untuk kad-kad grafik terbaru ini, sementara PCIe mencari dan memperbaiki masalah yang tampil akibat palam kuasa terbaru ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami