Samsung Galaxy A04 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM479
October 28, 2022
Samsung
Effi Saharudin
Samsung Galaxy A04 telah diperkenalkan pada Ogos lalu dan kini akhirnya ditawarkan di Malaysia pada harga RM479 untuk varian 3/32GB dan RM559 untuk varian 4/64GB dalam warna hitam, hijau dan tembaga.

Samsung Galaxy A04 dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci PLS LCD HD+ dengan penggunaan panel bertakuk Infinity-V, dijana cip MediaTek Helio P35, memori hingga 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 50+2 MP, kamera hadapan 5MP dan bateri 5000 mAh.
Sebagai tambahan, peranti turut menyokong ruang kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB. Peranti juga menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.