YouTube Shorts Pada Saluran YouTube Akan Mempunyai Tab Tersendiri

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kandungan video menegak adalah satu format yang kini menjadi semakin popular, yang mana dimulakan oleh TikTok. Format video menegak ini turut boleh diakses pada YouTube melalui Shorts.

Di YouTube, Shorts mempunyai kategori tersendiri di mana pengguna boleh tekan ikon untuk hanya tonton video menegak. Tetapi jika ingin tonton melalui saluran YouTube kegemaran, Shorts dan video biasa dipaparkan dalam bahagian yang sama.

Ini menjadikan saluran YouTube kelihatan serabut dengan imej kenit menegak serta judul dengan tanda tagar #shorts. Kini video Shorts tidak lagi akan dipaparkan serentak dalam senarai video biasa pada saluran YouTube. Tetapi akan mempunyai tab tersendiri seperti tab Home, Videos, Playlists, Community, Channels dan About.

Selain menambah tab untuk Shorts, YouTube turut menambah tab untuk Live untuk melihat kandungan video siaran langsung.

komen


© Amanz / 2022 Kami