Carian
NVIDIA Mengarahkan Kad-Kad Grafik Yang Menghadapi Masalah Palam Terbakar Dihantar Ke Mereka
October 28, 2022 Nazrin

Setelah beberapa laporan hadir mengenai isu kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 menghadapi isu terbakar, syarikat tersebut telah mengarahkan jenama-jenama pembuat komponen untuk menghantar kad-kad grafik yang diambil oleh mereka ke ibu pejabat NVIDIA untuk siasatan lanjut.

Perkara ini terjadi kerana kabel penyesuai yang menyambungkan empat kabel 8-pin kuasa PCIe ke satu kepala 16-pin PCIE didapati menyebabkan pemanasan melampau pada bahagian kepala tersebut apabila bahagian kabel berdekatan dengan kepala tersebut dibengkokkan.

Secara ringkasnya, ia didapati bahawa kabel-kabel 12VHPWR ini tidak dipateri dengan betul dan sentuhan diantara bahagian kabel dan kepala palam tidak begitu kemas, dan ini menyebabkan masalah pemanasan melampau tersebut.

Isu ini, digabungkan dengan pengaliran kuasa yang tinggi (450-600W) yang diperlukan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 tersebut menyebabkan palam tersebut cair, walaupun ia juga dilaporkan bahawa kad grafik tersebut masih lagi berfungsi tanpa masalah apabila kabel tersebut ditukar.

Setakat ini ia dilihat bahawa NVIDIA masih lagi akan kekal menggunakan palam kuasa 12VHPWR ini pada kad grafik tersebut, dan samada mereka akan kekal menggunakannya untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 yang akan dilancarkan pada bulan hadapan tidak diketahui lagi.

Komen