Carian
Huawei Bakal Melancarkan MateStation X 2022 Tidak Lama Lagi
October 28, 2022 Amy Maizuraa

Huawei sedia hadir dengan beberapa variasi monitor tersendiri di bawah siri MateStation dan MateView yang sering kebanyakan daripadanya memfokuskan terhadap kerja produktiviti sama ada di pejabat atau di rumah. Mengulas lanjut, ia nampaknya bakal bakal dikemaskini dengan penawaran baharu tidak lama lagi. Melaluinya MateStation X 2022 bakal diumumkan pada 2 November 2022 seiring dengan Pocket S dan Watch GT Cyber.

Dari segi rekaan, Huawei dilihat masih mengekalkan reka bentuk seumpama beberapa pendahulunya pada monitor ini, ini termasuklah beberapa persamaan pada rekaan tapak. Tiada maklumat mengenai perkakasan dalaman yang didedahkan tetapi ia dikhabarkan hadir dengan CPU Intel Gen-12 bersama padanan memori 16GB dan storan dalaman terbina 1TB.

Dalam pada itu, kita juga boleh menjangkakan terdapatnya peningkatan untuk aspek prestasi bagi menjadikannya lebih baik berbanding sebelum ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai produk baharu Huawei ini.

Komen