Cari @ Amanz

Realme sebelum ini mengesahkan yang mana mereka bakal mengemaskini rangkaian peranti pintarnya tidak lama lagi. Melaluinya, mereka bakal hadir dengan siri Realme 10 dan pelancaran global untuknya dijadualkan berlangsung sekitar bulan November kelak.

Mengulas lanjut, salah satu daripada model di bawah siri berkenaan kini ditemui tersenarai di laman pengesahan SIRIM Malaysia pada 27 Oktober 2022. Ia didapati muncul dengan nombor model RMX3630 (realme 10) dan didaftarkan dengan nama pemohon DTL Malaysia Sdn Bhd.

Seperti dikatakan tadi, telefon pintar ini belum dilancarkan secara rasmi di mana-mana pasaran. Malahan butiran mengenai spesifikasi dalaman juga masih tidak diketahui secara khusus. Pun begitu, Realme mendedahkan terdapat tiga ciri utama yang menjadi fokus untuk kali ini merangkumi prestasi, kemasan dan paparan yang dipertingkatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd