Jurutera Tesla Dilaporkan Menyemak Kod Sumber Twitter Untuk Elon Musk

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. oleh .

Pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk akhirnya telah lengkap dengan pembelian bernilai $41 bilion dimana ia dijangka bahawa beliau juga akan menjadi CEO syarikat tersebut tidak lama lagi.

Terkini, Bloomberg telah melaporkan bahawa dengan pengambilalihan ini, Elon Musk juga telah memanggil pasukan jurutera dari Tesla untuk melihat kod sumber platform media sosial tersebut supaya Elon Musk boleh tahu apa yang perlu diperbaiki dan ditambah pada platform tersebut.

Menariknya, ia juga telah dilaporkan bahawa jurutera dan pengaturcara Twitter sendiri tidak diberi akses kepada kod sumber tersebut sekarang untuk mengelakkan daripada sebarang kod ditukar sebelum pengambilalihan ini lengkap.

Selain daripada kemungkinan Elon Musk akan menjadi CEO Twitter, individu tersebut juga pernah dilaporkan sebelum ini bahawa dia akan menjadikan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat persendirian tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami