Carian
Redmi Smart Projector Dan Smart Projector Pro Menawarkan Sokongan Skrin 100″ FHD
October 28, 2022 Amy Maizuraa

Redmi Smart Projector ialah projektor pintar mudah-alih yang menawarkan resolusi sehingga FHD sekaligus diiklankan mampi memberikan pengalaman tontonan cukup baik. Terdapat dua variasi disediakan yang merangkumi standard dengan kemasan serba putih, sementara itu model pro pula dilengkapi tubuh serba hitam.

Projektor pintar ini juga mampu menawarkan lontaran imej sehingga bersaiz 100″ bernisbah 1.2:1 dengan resolusi maksimum FHD. Turut disertakan adalah sokongan kecerahan 150 ANSI dan diperakui persijilan SGS low blue light yang memudahkan penggunaan meskipun dalam persekitaran yang gelap.

Cip pemprosesan empat teras Amlogic T950D4 digunakan dengan padanan memori 1.5GB RAM DDR4 dan storan pula sehingga 16GB eMMC. Ia juga menjalankan perisian MIUI TV, di samping memuatkan pembantu maya Xiao AI terbina yang turut boleh digabungkan dengan lebih banyak produk Mijia di bawah ekosistem pintar Xiaomi.

Selain daripada itu, dwi-pembesar suara bersama mikrofon terbina turut disertakan dengan kebolehan audio yang imersif. Ia menggunakan algoritma terbina yang mampu menapis bunyi bising latar belakang secara pintar untuk pengalaman lebih baik.

Kelebihan turut disertakan pada model pro yang mempunyai ciri Omnidirectional Automatic Correction terbina dengan kebolehan menyelesaikan isu halangan secara automatik. Dalam masa sama, ia juga menyediakan kebolehan autofokus yang baik. Projektor ini dijual di China pada harga bermula RMB999 (~RM650), sementara itu variasi pro pula RMB1299 (~RM845).

Komen