Apple Kini Mempunyai Lebih 900 Juta Pengguna Untuk Langganan Perkhidmatan

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. oleh .

Apple kini berkongsi penyata kewangan tahunan, dan turut berkongsi mengatakan perkhidmatan mereka kini mempunyai langganan melangkaui 900 juta pelanggan.

Apple sedia mempunyai sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk Apple Music, Apple TV+, iCloud, Apple Arcade, Apple Fitness+, dan juga berkas langganan Apple One. Malah, baru-baru ini mereka turut telah mengumumkan peningkatan harga untuk Apple Music dan juga Apple TV+ – yang turut memberikan impak kepada harga Apple One.

Dengan perkembangan ini, bahagian perkhidmatan Apple dijangka mencapai sekitar 1 bilion langganan menjelang 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami