Tim Cook kini turut berkongsi yang mana permintaan untuk telefon pintar mercu terbaru dibawah siri “Pro” menerima permintaan yang tinggi – dan menyukarkan mereka untuk memenuhinya disebabkan oleh kekangan pada bekalan.
Buat masa ini, Apple sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan dalam memastikan pengeluaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max memenuhi permintaan pengguna.
Apa pun, Tim Cook turut menekankan yang mana mereka tidak begitu terjejas dengan masalah bekalan ini berbanding pengeluar yang lain. Secara keseluruhan, prestasi jualan telefon oleh Apple dilihat agak kukuh berbanding jenama lain yang masih sukar memenuhi bekalan dan pengeluaran.
Daripada semakan kasar kami melalui Apple Store Malaysia, tempahan untuk iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max memperlihatkan tempoh penghantaran melangkaui sebulan sebelum pengguna menerimanya.