Cari @ Amanz

Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia (Sementara) kini mengatakan kementerian telah melakukan tempahan tambahan 50,000 unit peranti dibawah program Peranti Siswa.

Langkah ini dilakukan dalam membolehkan pelajar yang membuat rayuan memperolehinya – sekaligus memastikan pelajar yang layak dapat menikmati inisiatif Peranti Siswa ini.

Tambahan 50,000 unit ini akan menelan perbelanjaan lebih kurang RM65 juta.

Para pelajar yang tidak berjaya, diminta melakukan rayuan dengan berjumpa kepada persatuan pelajar atau pusat pengajian – sekaligus mengemukakan rayuan dengan memberi bukti atau sebab kenapa perlu dipertimbangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd