TNG eWallet : Berhati-Hati Dengan SMS Palsu Mengatakan Pemberian Bantuan e-Dompet Kerajaan BN

Diterbitkan pada Okt 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch n Go eWallet kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, supaya berhati-hati dengan SMS palsu yang berpura-pura seumpama memberikan bantuan e-dompet dari kerajaan BN.

TNG eWallet mengingatkan yang mana mereka tidak akan menghantar sebarang SMS yang disertakan bersama dengan pautan.

Orang ramai diminta untuk tidak klik pada pautan yang dihantar melalui SMS tersebut. Pada masa yang sama, anda turut diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang SMS yang diterima oleh anda.

TNG juga turut mengatakan orang ramai boleh menghubungi pihak mereka untuk memastikan sama ada SMS yang diterima mereka benar atau sebaliknya.

komen


© Amanz / 2022 Kami